Ridhima Pandey

Ridhima Pandey (lahir 2009) merupakan aktivis dari India yang telah membuat kempen berkaitan dengan perubahan iklim . Beliau telah disamakan dengan aktivis Greta Thunberg . [1]Ridhima Pandey tinggal di Uttarakhand iaitu sebuah negeri di India Utara. Dinesh Pandey yang merupakan ayah Ridhima Pandey telah bekerja di Uttarkhand selama 16 tahun sebagai aktivis. Selama 10 tahun yang lalu, rumah Ridhima Pandey telah dilanda cuaca buruk. Pada tahun 2013, lebih 1000 orang telah mati dalam kejadian banjir dan tanah runtuh. [2] Hampir 100,000 orang terpaksa dipindahkan dari Uttarakhand. [3]Menurut Bank Dunia, perubahan iklim cenderung meningkatkan tekanan pada bekalan air di India. [4]